Tuesday, 24 June 2014

DUNIA TEKSTIL DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) KAMPUS SHAH ALAM
…………………..FAKULTI SENI REKA DAN SENI HALUS…………

Batik UiTM Jadi Tumpuan Di Oman Dan Jogjakarta Indonesia

Selama 19 hari bermula dari 12 Februari hingga 2 Mac 2013, delegasi dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang diwakili oleh 5 orang pensyarah dan 5 orang pelajar dari Jabatan Seni Reka Tekstil, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (FSSR) telah terlibat dalam Muscat Festival 2013 ( International Handicrafts and Traditional Arts ) di Oman. Delegasi yang diketuai oleh Dr. Basitaf Taif ( Ketua Pusat Pengajian Tekstil dan Fesyen ) mengadakan aktiviti kesenian seperti pameran batik , pengkomersilan produk batik, dan demonstrasi batik kepada tetamu yang hadir antaranya dari Tunisia, Indonesia, Iran, Morrocco, Bangladesh, India, Thailand, dan Perancis. Peragaan Batik juga dipersembahkan di Kedutaan Malaysia di Oman yang mendapat sambutan positif di kalangan tetamu yang hadir terutamanya dari Pertubuhan Wanita Amerika Syarikat.

Aktiviti yang dijayakan bersama oleh para pensyarah iaitu En. Azman Mohamad, Puan Elliza Hashim, En Rahman Rosman dan Puan Faradiba Liana Naser serta para pelajar iaitu Saudari Shafura Sehat, Saudari Illi Aaina Yahya, Saudari Nor Amirah Mohamad Yusof, Saudara Norhashim Abdullah dan Saudara Fahmi Abdullah telah berjaya menggamit tarikan bukan sahaja kepada tetamu yang hadir malah kumpulan media serta tetamu kenamaan di festival tersebut.

Pihak UiTM, khususnya (FSSR) amat berterima kasih di atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan oleh Kedutaan Malaysia di Oman dan Kerajaan Oman dalam merealisasikan usaha dan inisiatif ini. Sesungguhnya, hasil seni kreatif dari UiTM bukan sahaja telah meletakkan UiTM di peta dunia malah mempromosikan seni dan budaya Malaysia di persada global.

Sekalung penghargaan turut ditujukan kepada pengurusan FSSR khususnya Prof. Dr. Mustaffa Halabi Haji Azahari ( Dekan ) serta Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) di atas sokongan dan galakkan dalam menjayakan misi serampang dua mata ini.

http://artgallery.uitm.edu.my/the-collections/pustaka-seni/news-clip/245-foreign-news.html

Foreign News

Joomla! - the dynamic portal engine and content management system

Hasil karya Dan Kejayaan Pelajar Tekstil di UiTM

Dedgree show Farid Haikal Abdullah pelajar tahun akhir 

degree shows Adila Zainal pelajar tahun akhir

pencapaian pelajar dalam pertandingan Piala Seri Endon 2012

DUNIA TEKSTIL DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) KAMPUS SHAH ALAM
…………………..FAKULTI SENI REKA DAN SENI HALUS…………

VISI & MISI

VISI KAMI

Untuk mewujudkan FSSR sebagai fakulti utama kesarjanaan dan kecemerlangan akademik mampu menyediakan kepimpinan kepada penglibatan dinamik Bumiputera dalam seni dan bidang reka bentuk yang bertaraf dunia untuk menghasilkan graduan yang berdaya saing di peringkat global bertaraf beretika.

MISI KAMI

Untuk meningkatkan pengetahuan dan kepakaran bumiputera dalam seni dan bidang reka bentuk kajian melalui program-program profesional, penyelidikan dan khidmat masyarakat berdasarkan nilai-nilai moral dan etika profesional.

FALSAFAH KAMI

Setiap individu mempunyai keupayaan untuk mencapai kecemerlangan melalui pemindahan pengetahuan dan penerapan nilai-nilai moral sehingga menjadi graduan profesional mampu membangunkan pengetahuan, diri sendiri, masyarakat dan negara.

MOTTO KAMI

Kami adalah kelas kita sendiri

DUNIA TEKSTIL DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) KAMPUS SHAH ALAM
…………………..FAKULTI SENI REKA DAN SENI HALUS…………

Aktiviti Pelajar Tekstil di UiTM Shah Alam

Aktiviti Jabatan

Program Suai Kenal Pelajar Baru & Lama Ke Jabatan Seni Reka Tekstil TAMAN BUKIT CAHAYA SERI ALAM,

Pada 24 Mac 2013 yang lalu, satu
program
suai kenal diantara pelajar lama & baru anjuran Jabatan Seni Reka Tekstil, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM Shah Alam telah diadakan. Taman Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam telah dipilih sebagai lokasi program ini. Seramai 163 orang pelajar telah menyertai program ini yang terdiri daripada pelajar Semester 1,2,3 dan 6. Program ini telah dirasmikan oleh Dr Basitah Taif selaku KPP Jabatan Seni Reka Tekstil.

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk merapatkan jurang persahabatan serta melahirkan semangat kekeluargaan antara pelajar baru dan lama di Jabatan Seni Reka Tekstil. Selain itu, melalui program ini, para pelajar diberi peluang untuk merancang aktiviti yang berupaya memberi motivasi untuk berusaha ke arah kecemerlangan dalam bidang akademik mahupun kurikulum.

Aktiviti yang bertemakan 'Fear Factor' mencabar ketangkasan dan kemahiran para pelajar dalam menyelesaikan cabaran yang telah disediakan di setiap checkpoint, antaranya Who Am I dan juga Rambo Taste. Program ini telah memberi banyak manfaat kepada para pelajar dalam meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar dan seterusnya di alam pekerjaan kelak.

Dinner pada tahun 2011,faculty of art and design

lawatan ke Penjara Bentong Pahang padaa 2012,seramai 73 0rang pelajar..disana dunia tekstil lagi hebat...
dimana para banduan di latih membuat kerja-kerja kraftangan seperti menenun,,dan hasilnya sangat cantik.

semoga kita warga tekstil juga mampu menjadi lebih hebat dimasa akan datang.